Friday, May 6, 2016
Sambal Hitam - Terbaik!!
Assalamualaikum semua..
Harap anda semua dalam keadaan yang baik.
Kali ni nak kongsikan sejarah sikit. Pasal SAMBAL HITAM!!
Pembuka selera ini dikenali sebagai Sambal Hitam cukup terkenal di Pahang Barat. Sambal hitam ini cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub (harap semua lulus subjek geografi...).
Selain dijadikan perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh dibuat sambal dikenali sambal hitam dikalangan penggemarnya dan enak dimakan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya.
Kalau sudah belimbing hitam (setelah dimasak) yang digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan rasanya menjadi sebutan. Namun, dek kerana kemahsyuran sambal hitam ini, menyebabkan ianya dijual secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan penduduk tempatan.
Keenakannya menarik penggemar dari luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti unik ketiga-tiga daerah ini dek kerana keistimewaannya yang tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja.
Namun, biarpun ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini, penyediaan untuk membuat sambal ini sebenarnya amat mudah dan cepat seperti membuat sambal lain (bergantung kepada 'skill' individu itu sendiri).
Berikut sedikit perkogsian resepi tradisional ini.
Diharapkan agar tidak menukar bahan utama bagi mengekalkan keaslian sambal hitam yang dihasilkan.
Bahan-bahan:
Belimbing Buluh - dlm 600g - lebih afdal yang warna hijau - lebih hitam & cepat kering
Bawang kecil -10 biji - kena 'balance' kalau tak rasa bilis hilang
Bawang putih - 4 ulas
Cili padi merah - 10 tangkai (kasi 'power')
Ikan bilis lebih afdal kalau di kopek - 300 gram
Minyak untuk menumis - 1 cawan
Kicap lemak manis sedikit cap Jalil (recommended)
Garam -ikut rasa binasa ikut hati mati..kan
Gula -ikut rasa binasa ikut hati mati...hihi
Cara-cara:
Langkah 1
1. Belimbing perlu di bersihkan pada skala pencuci pinggan mangkuk hehe...
2. Kemudian di rebus sehingga bertukar warna kehitaman. Jangan lupa masukkan sedikit garam. Lama-kelamaan belimbing akan lembut dan hancur nanti.
# gunakan api kecil atau sederhana. Rebus kira-kira 4 jam. Pastikan tong gas penuh ye...
# juga pastikan kuali korang jenis 'permanent' untuk masak ni je sebab kuali pon akan turut hitam legam.
3. Selesaikan langkah 1 & 2.
Langkah 2
Proses memasak sambal
1. Cili api, ikan bilis, bawang kecil ditumbuk kasar. - nak blender pon boleh tapi nanti tak kasar lah jadinye.
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bahan tumbuk. Kacau hingga separuh masak
4. Masukan belimbing, kacau rata hingga masak.
5. Masukan garam dan gula serta sedikit kicap
Ok, dah siap.
Boleh cuba buat ye.
Atau pada yang nak 'instant', boleh order di talian 019-5115130.
Butiran lanjut 'packaging' rujuk di bawah;
Balang 250 gram : RM20
Plastic Container 100 gram : RM8
Plastic Container 200 gram: RM15
– BELI 4 Unit – PERCUMA 1 Unit –
Subscribe to:
Comments (Atom)
